Tuesday, 4 October 2011

Cemerlang Bukan Hanya Dapat A

Sumber: Forum Utusan Malaysia |4 Disember 2009|
SAYA tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Profesor Rosnani Hashim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkenaan isu pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dibandingkan antara pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berlaku sekarang.

Juga cadangan menghantar guru Melayu dari SK untuk ‘belajar’ daripada guru Cina dari SJKC kaedah mengajar Matematik dan Sains yang dikatakan lebih baik.

Keputusan UPSR baru-baru ini perlulah dianalisis secara lebih mendalam, bukan sahaja ke atas angka-angka yang terbit daripadanya, tetapi juga perlu dilihat dari aspek falsafah dan hasil yang ingin dicapai.
Perlu ditekankan, hari ini pelajar diasak dengan tekanan berapa banyak A diperoleh daripada peperiksaan. Pelajar yang mendapat lebih banyak A dianggap lebih cerdik, bergeliga dan menjadi kebanggaan. Sebaliknya mereka yang mendapat kurang A dianggap tidak baik dan dipandang rendah.

Benar, sepintas lalu mereka yang mendapat lebih banyak A adalah lebih baik berbanding yang mendapat kurang A. Tetapi apakah itu matlamat akhir kurikulum pendidikan kita dan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Nasional?
Perlulah diinsafi, dengan cabaran globalisasi dunia hari ini, pelajar bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan kepandaian intelektual (melalui A dalam peperiksaan) tetapi juga seimbang dengan kemahiran insaniah yang meliputi aspek kemanusiaan lain.

Antaranya seperti kerjasama, toleransi, semangat setiakawan, kekitaan, hormat kepada orang lebih tua dan pemberi ilmu. Apabila berjaya kelak, mereka akan menjadi warga yang cintakan negara, tidak mengkhianati bangsa dan bersama-sama membantu membangunkan negara. Namun elemen itu dilihat semakin kurang ditekankan demi mengejar bilangan A dalam peperiksaan.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh Prof. Rosnani, generasi yang bagaimana ingin dilahirkan oleh kerajaan. Adakah generasi bijaksana (berdasarkan kecemerlangan peperiksaan) tetapi gagal menjadi insan syumul? Ataupun generasi yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik malahan sempurna nilai insaniah mereka? Konsep keseimbangan ini amat perlu direnung kerana kita tidak mahu melahirkan generasi robotik yang mementingkan diri sendiri sahaja kerana negara akan rugi kemudian hari.

Kurikulum pendidikan di SJKC memang menitikberatkan latih tubi dan banyak masa diperuntukkan untuk itu. Sebagai korban, masa untuk pengajaran Bahasa Malaysia, Pengetahuan Sivik dan Tatasusila serta Sejarah dikurangkan.

Selain itu, jika dilihat secara umum taburan SK dan SJKC, kebanyakan SK terletak bukan di kawasan bandar (kerana demografi masyarakat Melayu adalah di kawasan kampung) berbanding SJKC yang banyak bertaburan di kawasan bandar. Dari situ, perbezaan demografi dan infrastruktur telah jelas menyebelahi SJKC.
Pola perbezaan ini menyumbang kepada keberkesanan pelajaran. Hasilnya, lahirlah sepasukan pelajar baru masuk ke universiti yang tidak pandai untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kebangsaan (malah dalam bahasa Inggeris juga), tidak pandai bergaul dengan rakan sekuliah (melainkan rakan sebangsa sendiri sahaja) dan tidak menghormati pensyarah.

Mereka juga didapati kurang kemahiran berfikir dengan kritis apabila timbul persoalan yang memerlukan jawapan berdasarkan idea dan intelektual pelajar. Sebaliknya, apabila disoal dengan soalan langsung daripada buku, mereka dapat menjawab dengan cemerlang. Dari situ, dapat disimpulkan pelajar kita hari ini adalah ibarat sepan, hanya menyerap ilmu yang diberi sahaja dan mengeluarkannya kembali dalam dewan peperiksaan tetapi gagal mengembangkan idea daripada asas ilmu yang diberikan.

Cadangan daripada Prof. Rohani agar gagasan dan idea baru yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan berkaitan dengan pendidikan perlulah dirujuk kepada pakar, ada benarnya. Ini kerana merekalah kelompok cerdik pandai yang tahu dengan lengkap ruang lingkup dan cara bagaimana ingin mencanai pelajar agar menjadi bukan sahaja generasi berilmu, tetapi yang lebih penting berakhlak, beragama dan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Dan menghantar guru dari SK yang rata-ratanya guru Melayu ke SJKC yang rata-ratanya bukan Melayu bukan sahaja tidak perlu malah ia difikirkan tidak menyelesaikan masalah sebenarnya

Monday, 3 October 2011

Koleksi Syiling Lama


Koleksi Mata Wang Lama



Wang Kertas Siri Pertama (1967)


Bahagian depan wang kertas siri pertama bergambar Tuanku Abdul Rahman dan gambar belakang adalah gambar kijang emas,logo Bank Negara Malaysia.
Siri Pertama
Imej
Nilai
Warna utama
Bahagian
Tarikh dikeluarkan
Hadapan
Belakang
Hadapan
Belakang
$1
Biru
BNM logo (Kijang Emas)
1967
$5
Hijau
$10
Merah
$50
Biru/Jingga
$100
Violet
$1000
Ungu/Hijau
1983
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi nota bank.

Ringgit Malaysia


Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama "Ringgit" berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
Pada 1837, mata wang Rupee India digunakan sebagai mata wang rasmi di penempatan selat (iaitu Negeri negeri Selat) tetapi pada 1867, dollar perak digunakan semula. Pada 1903, dollar Selat dipaut pada 2 shilling dan empat pence (mata wang Britain ketika itu) selepas diperkenalkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commissioners of Currency). Bank-bank swasta dilarang mengeluarkan wang kertas. Namun penggunaan berterusan mata wang ini terhenti akibat penaklukan Jepun pada 1942 hingga 1945 dan apabila mata wang ini dinilai semula berdasarkan Pound Sterling pada 1967. Ini mengakibatkan nilai wang Selat susut sebanyak 15% daripada nilai asal.
Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit" diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.
Sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997, mata wang ringgit dipaut pada dollar Amerika Syarikat pada kadar tetap iaitu RM 3.80 untuk satu dollar AS.
Pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan mata wang ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas China mengumumkan penamatan pautan renminbi kepada dollar. Menurut Bank Negara, Malaysia akan membenarkan ringgit untuk dioperasi dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat diterima . Walaupun begitu, Bank Negara ada bercampur tangan dalam pasaran kewangan untuk mengekalkan kestabilan di dalam dagangan ringgit.

Sunday, 2 October 2011

Senarai Mata Wang Malaysia


Sekilas Sejarah Mata Wang Malaysia

1899 Matawang kertas pertama diterbitkan oleh Kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak

1906 Kerajaan menyandarkan matawang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Tiap 1 dolar selat setara dengan 2 sterling dan 4 dime, dan 60 dolar selat setara dengan 7 wang mas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Dengan demikian tiap keping wang mas setara dengan 20 sterling. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada Kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya.

1954 Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada dolar selat (logam) yang kemudiannya diganti dolar Malaya.

1958 Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk pencetakan mata wang.

1967 Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia menggantikan dolar.

1975 Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama.

1998 Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM 3.8 untuk setiap 1 USD.