Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit
Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan
kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang
kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10
sen dan 5 sen. Nama "Ringgit" berasal daripada sisi bergigi wang
perak Sepanyol
yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga
dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
Pada 1837, mata wang Rupee India digunakan sebagai
mata wang rasmi di penempatan selat (iaitu Negeri negeri Selat) tetapi pada
1867, dollar perak digunakan semula. Pada 1903, dollar Selat dipaut pada 2 shilling
dan empat pence (mata wang Britain ketika itu) selepas diperkenalkan oleh
Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commissioners of Currency). Bank-bank swasta
dilarang mengeluarkan wang kertas. Namun penggunaan berterusan mata wang ini
terhenti akibat penaklukan Jepun pada 1942 hingga 1945 dan apabila mata wang ini dinilai
semula berdasarkan Pound Sterling pada 1967. Ini mengakibatkan
nilai wang Selat susut sebanyak 15% daripada nilai asal.
Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit"
diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia.
Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa
Inggeris dan ringgit dalam Bahasa
Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada
RM pada 1990an.
Sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997, mata wang ringgit
dipaut pada dollar Amerika Syarikat pada kadar tetap iaitu RM 3.80
untuk satu dollar AS.
Pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan mata wang
ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas China mengumumkan penamatan pautan renminbi kepada
dollar. Menurut Bank Negara, Malaysia akan membenarkan ringgit untuk dioperasi
dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai
mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat diterima .
Walaupun begitu, Bank Negara ada bercampur tangan dalam pasaran kewangan untuk mengekalkan
kestabilan di dalam dagangan ringgit.
No comments:
Post a Comment