Assalamualaikum
& salam sejahtera…
Semakin
tinggi kita belajar matematik, semakin sukar masalah yang bakal kita tempuhi.
Jika waktu di sekolah rendah, dengan hanya satu langkah sahaja kita sudah mampu
menyelesaikan masalah matematik yang diberikan tetapi jika di universiti
mungkin kita perlu menghabiskan 2 helai kertas A4 untuk mendapat penyelesaian
seseuatu masalah. Fonomena ini adalah biasa bak kata Uncle Ben ” with great power comes great responsibility“. Macam tak ada kaitan sahaja kata-kata Pakcik
Spider-Man ni dengan penulisan saya
Baiklah,
sebelum kita menyelesaikan masalah matematik, mari kita kenali jenis-jenis
masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan.
1.
Masalah yang menguji daya ingatan
(Penyelesaiannya ialah latih-tubi)
2.
Masalah yang menguji kemahiran
(latih-tubi)
3.
Masalah yang berkaitan penggunaan
kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
4.
Masalah yang berkaitan penggunaan
kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian.
5.
Masalah yang memerlukan anda
menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya.
Masalah 1,2 dan 3 adalah masalah yang biasa kita
temui. Jalan penyelesaianya juga adalah tidak panjang. Tetapi untuk masalah 4
dan 5 jalan penyelesaiannya adalah panjang dan kadangkala kita memerlukan
pelbagai kemahiran matematik untuk menyelesaikanya.
Melakukan
kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam
menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan
masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya.
Kekerapan
melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan
masalah.
Tip-tip menyelesaikan masalah matematik.
Aplikasi
4 langkah PÓlya’s;
1.
Fahami masalah : Baca keseluruhan
soalan dan kenalpasti masalah yang dikemukakan.
2.
Rancang penyelesaian masalah anda.
Kenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
3.
Selesaikan masalah seperti yang
dirancang.
4.
Lihat kembali adakah penyelesaian
yang anda perolehi adalah munasabah. Dengan menggunakan kaedah yang sama, cuba
selesaikan soalan yang lebih mudah yang anda pasti jawapanya.
Sesetengah
masalah memerlukan anda menggunakan pelbagai strategi. Ada yang memerlukan kita
melukis gambar, melakar gambarajah, membina jadual, membina senarai, memcipta
formula, mengulang-ngulang jalan kerja dan sebagainya.
Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan
(word problem)
Apabila
melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan
tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar.
Sekarang
mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.
1.
Mula-mula kita perlu membaca
keseluruhan soalan. Kenalpasti masalah yang diutarakan. Lukis gambarajah jika
perlu. Ubah soalan tadi ke dalam bentuk ayat matematik.
2.
Selesaikan masalah matematik yang
telah anda bentuk tadi.
3.
Tulis kembali jawapanya dalam bentuk
ayat.
Sekian
sahaja..
Wassalam
No comments:
Post a Comment